
Mahyudin Yusof

Ahmad Nasrun
Sejahtera.. Dinarsnetwork.com telah ditubuhkan pada November 2008 dengan tujuan untuk membantu pengguna – pengguna internet yang berminat untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka di secara online dengan kadar yang segera dan penggunaan sumber yang terbaik.
Kami di Dinarsnetwork.com menawarkan pelbagai perkhidmatan berasaskan pembinaan laman web iaitu terkandung dari segi rekacipta (design) laman web, pemasangan sistem script (affiliate, autoresponder, shopping cart, borang, wordpress, joomla dan lain – lain), kemaskini laman web, penulisan pemasaran (copywriting), khidmat nasihat dan juga membekalkan peralatan serta perisian yang diperlukan untuk sesebuah laman web pemasaran.
Perkhidmatan yang ditawarkan di Dinarsnetwork.com adalah diusahakan oleh sekumpulan usahawan internet yang mempunyai pengalaman dalam industri perniagaan secara online dan memahami kehendak, keperluan serta perkembangan terbaru berkaitan pemasaran internet (internet marketing). Kini Dinarsnetwork beroperasi di lot 2-1-33, tingkat 1, Jalan 34/26,Wisma Rampai, 53300 Setapak, Kuala Lumpur.
Misi Kami
Melahirkan lebih ramai usahawan IT dengan memberi bantuan dalam aktiviti pemasaran produk dan perkhidmatan mereka di internet dengan mudah, cepat dan berkesan.
Visi Kami
Menjadi rakan niaga yang terbaik dan dipercayai oleh para usahawan yang berminat untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka menerusi internet.